Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 25hb Mei 2011:
Penafian BN bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas yang disebabkan oleh penjualan gas di bawah harga pasaran kepada IPP dan TNB itu bukan dalam bentuk subsidi merupakan pembohongan dan penipuan yang cuba dilakukan
Perkara ini sama dengan kenyataan BN bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisen untuk mengatur pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Perkara ini sangat mengarut kepada Perimaker untuk diberikan kontrak dalam menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi selama enam tahun walaupun tidak mempunyai rekod atau pengalaman dalam menguruskan urusan kapal selam.
Sekiranya kerugian RM19 bilion setiap tahun oleh Petronas diberikan kepada IPP dan TNB itu adalah bukan dalam bentuk subsidi jadi apa istilah yang betul untuk gambaran kerugian ini? Kuasa yang dijana oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan elektrik Negara manakala TNB memenuhi 40 peratus. Ini menunjukkan bahawa IPP memperolehi lebih banyak manfaat dari RM19 bilion itu.
Jikalau Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia. Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi?
Ini adalah ketidakadilan yang lampau apabila hanya meningkatkan harga yang dibayar oleh rakyat Malaysia biasa tetapi tidak meningkatkan harga yang dibayar oleh syarikat kaya. Pemberian RM19 bilion setahun membolehkan IPP memperolehi keuntungan berbilion- billion ringgit. Dari memastikan ketidakadilan dengan memastikan harga yang meningkat adalah kepada syarikat besar dan bukan kepada rakyat Malaysia biasa, BN telah mencabar kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk membiayai subsidi kepada rakyat Malaysia biasa.
Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun PR pasti dapat melakukannya sekiranya PR mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB. Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini.
Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta- juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil. Semua ini tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.
Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.
Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga.
*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan






奥巴马是在美国时间星期天晚上於白宫发表电视直播声明,做出这项宣布。
若真的如此,这也将对全球各国特别是西方国家带来新一轮的安全威胁。美国已要求世界各国的大使馆提高警惕,提防基地组织可能采取报复行动。
新华社与马新社援引美国有线电视新闻网援引消息人士的话说,美国情报机构在获得奥萨马在巴基斯坦首都伊斯兰堡郊外一所住宅的消息后,美国军方出动无人机对该住宅进行袭击,将其击毙。美国方面已对奥萨马的尸体进行过脱氧核糖核酸(DNA) 检测并确认了身份。